15 kapal lalu Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam 24 jam lalu

Menurut Aljazeera, agensi berita Fars yang bersekutu dengan IRGC mengatakan 15 kapal melalui Selat Hormuz dengan kebenaran daripada Iran dalam 24 jam lalu, menurut angka terkini.

Menurut Fars, trafik maritim melalui laluan air utama masih 90 peratus lebih rendah berbanding sebelum bermulanya perang AS-Israel ke atas Iran.