Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam insiden berkaitan hujan di wilayah barat laut Pakistan, Khyber Pakhtunkhwa sejak 25 Mac, kata pihak berkuasa pada Khamis, menurut berita Xinhua.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) melaporkan kerosakan meluas, dengan 77 rumah terjejas, termasuk 33 musnah.
Daerah paling teruk terjejas membabitkan Kohat, Bannu, Dera Ismail Khan dan Karak.