365 tentera AS dilapor cedera dalam perang ke atas Iran

Menurut berita Xinhua yang memetik kemas kini dalam talian daripada Pentagon, seramai 365 tentera AS cedera dalam pertempuran setakat Jumaat sejak AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada 28 Feb lalu.

Daripada mereka yang cedera, 247 adalah askar Tentera Darat, 63 kelasi Tentera Laut, 19 Marin dan 36 penerbang Tentera Udara.

Jumlah kematian kekal pada 13, dengan tujuh adalah kematian akibat permusuhan, enam terbunuh dalam serangan Iran di Kuwait, dan seorang terbunuh selepas cedera di Arab Saudi.

Tidak jelas sama ada angka itu termasuk mana-mana anggota kru di atas pesawat perang AS yang ditembak jatuh atau diserang oleh tentera Iran pada Jumaat.