5 dilapor cedera dalam serangan AS-Israel ke atas firma petrokimia di barat daya Iran

Sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam serangan AS-Israel ke atas beberapa syarikat petrokimia di wilayah barat daya Iran, Khuzestan, pada pagi Sabtu, menurut berita Xinhua memetik laporan agensi berita separa rasmi Tasnim.

Firma terbabit, yang dikenal pasti sebagai Fajr 1 dan 2, Regal, Amirkabir, Bandar Imam dan Buali Sina, telah diserang pada jam 10:47 pagi waktu tempatan (0717 GMT), kata laporan itu.

Ia memetik Valiollah Hayati, timbalan gabenor Khuzestan untuk hal ehwal keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, sebagai berkata bahawa kemungkinan berlakunya korban selanjutnya adalah sangat tinggi.

Dia menambah terminal perdagangan sempadan Shalamcheh di bandar Khorramshahr juga diserang dan mengalami kerosakan serius.

Zon Petrokimia Khas Mahshahr, tempat syarikat-syarikat itu berada, telah dikosongkan, kata laporan itu.