8 dilaporkan maut di tengah Afghanistan apabila gempa bumi kuat gegar wilayah itu

Sekurang-kurangnya lapan orang di tengah Afghanistan terbunuh apabila gempa bumi kuat berukuran 5.8 magnitud melanda wilayah Hindu Kush pada Jumaat, menggegarkan bahagian berbeza di Afghanistan, menurut berita Anadolu pada Jumaat.

Lapan orang terbabit terbunuh di daerah Bagrami di wilayah tengah Kabul, menurut Anadolu yang memetik Agensi Berita Bakhtar Afghanistan. Seorang juga cedera.

Seorang juga dilaporkan hilang sebelum ini, menurut kenyataan daripada Kementerian Maklumat Afghanistan, lapor Anadolu.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 181 kilometer (112 batu) pada 1612GMT, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman.

Gempa bumi itu pada mulanya diukur pada magnitud 5.9 dan kemudian diturunkan kepada 5.8.