Sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak, terbunuh, dan kira-kira 43 yang lain cedera apabila sebuah trak kontena bertembung dengan traktor yang membawa penganut di negeri utara India, Uttar Pradesh awal Isnin, lapor Reuters memetik polis.
“Tiga orang berada dalam keadaan serius menggunakan ventilator,” ketua polis daerah Bulandshahr, Dinesh Kumar Singh dipetik berkata.