Empat tempat beli-belah sudah lama jadi tumpuan di Kelantan

Pusat beli-belah Pengkalan Kubor boleh buat anda rambang mata.

Pasar Siti Khadijah

Tempat ini dari dahulu menjadi tumpuan orang ramai. Malah sekitar tahun 80-an dan 90-an, ia satu lokasi utama dengan jumlah pengunjung mengagumkan – kerana lebih sesak daripada pusat beli-belah moden.

Apa tidaknya, di situlah orang menawarkan harga murah, menjual bermacam-macam barang terutama berkaitan makanan dan keperluan harian, di situ juga tempat bertemu bagi sesetengah orang, berborak sambil makan dan minum, sehinggakan orang bersesak-sesak pada waktu puncak.

Ertinya bukan makcik dan pakcik sahaja, tetapi orang muda, anak dara, remaja dan kanak-kanak kalau ke Kota Bharu, tak sah tak singgah atau masuk pasar ini.

Pasar Wakaf Che Yeh

Pasar ini menjadi tumpuan pada waktu malam hingga awal pagi. Di sini kebanyakan barangan dijual secara terbuka, maknanya di gerai-gerai di bahu jalan.

Apa sebab begitu? Mungkin salah satu daripadanya memudahkan orang ramai untuk singgah, pilih atau pesan dan bayar, terus pergi. Maklumlah kadangkala bukan mudah nak dapat parking kan!

Barang dijual kebanyakan pakaian seperti baju t, seluar, batik dan tudung. Orang dari luar Kelantan selalu singgah di pasar ini, sebab ia dekat dengan pusat bandar dan di bahu jalan utama dari Kuala Lumpur (melalui Gua Musang) ke Kota Bharu.

Pekan Rantau Panjang

Kawasan ini agak unik, kerana terletak sangat dekat dengan sempadan Thailand. Orang tempatan atau dari negara jiran bahkan dari luar Kelantan sentiasa bertamu di sini.

Barang dijual agak berpatutan bahkan murah berbanding sesetengah tempat lain. Malahan ada barang yang sukar dicari di tempat lain, tetapi di sini ada dijual.

Pada waktu puncak, bukan suatu yang mudah untuk meletakkan kenderaan di petak parking kerana padat dengan pengunjung. Malah kereta dipandu perlahan-lahan mengikut barisnya. Tapi tak mengapa, sebab sambil itu boleh cuci mata dengan memandang ke arah beraneka jenis barang dipamerkan di deretan kedai.

Pengkalan Kubor

Lokasinya di sempadan Tumpat-Tak Bai, Thailand. Di sini kawasan komersialnya agak kecil berbanding Rantau Panjang. Barang dijual juga lebih kurang serupa dengan pekan itu. Harganya juga tidak jauh beza.

Ia berbaloi untuk ke kawasan ini jika barang yang hendak dibeli tak banyak dan tak banyak masa. Peniaga di dua kawasan ini pula ramah manakala harga boleh tawar-menawar. Selepas setuju dengan harga, barulah bayar.

Cuma satu tip untuk mudah mendapatkan harga rendah ketika tawar-menawar ialah gunakan dialek tempatan (kecek Kelate). Jika tak pandai, boleh bawa bersama saudara-mara yang fasih dialek Kelantan. Jika anda orang luar Kelantan dan cuba nak tiru dialek tempatan, tak menjadi – bunyi dan nada orang boleh beza.

Tidak lupa juga, jika pandu kereta bernombor pendaftaran luar Kelantan, jangan letak terlalu dekat atau di depan kedai yang hendak kita beli barang dijualnya. Sebab ia secara automatik menunjukkan anda orang dari luar.

Selamat bertamu dan cuci-cuci mata. Jangan tengok saja atau asyik ambil dan lepas – belilah juga, bantu orang kita.

Kurma Madu Rotab (fresh/kering) 600g pack vacuum
Kurma Madu Rotab kurma Lembut Kurma Mazafati Dates 600g+
Al-Huda Kurma Tangkai Tunisia l Stok Baru l Kurma Bertangkai l 400g
Nur Food 7 Ajwa Dates ( Ramadan Gift ) [EXP:11/02/2027] (Nur Food 7 Kurma Ajwa ( Hadiah Ramadhan ) [EXP:11/02/2027])
Madinah’s Ajwa Kurma Grade A ( date ) BY the Prophet’s City to Your Table Tradition of Flavor and Well-being
Aliyah Food 7 Ajwa Dates/Kurma [ Ramadan Gift ] EXP:07/02/2027 (Aliyah Food 7 Kurma/Kurma Ajwa [ Hadiah Ramadan ]
READY STOCK Women Sport Shoes Sneakers Female Kasut Sukan Perempuan Fashion Harga Murah Sneaker
Women’s Wallet Long Clutch Bag Zipper PU Leather Multi-Card Holder Wallet Long Mobile Phone Bag Beg Tangan Panjang Wanit
Purse Small Wallet Women Short Wallet Women Small Cardholder Woman Beg Dompet Perempuan Kecil
💕Clearance Sale💕Sandal Wanita Soft Selipar Kasut Perempuan Women Slipper Anti-slip Slippers
READY STOCK!!! HANDBAG SAMMA DENIM PAPA LARIS – ORIGINAL & DIRECT HQ
READY STOCK💓WRIMO Long Fallera Purse Wallet Women’s Bag Handbag Beg Tangan Coins Dompet Pouch Perempuan Bags fb14938
Swiss Thomas Cordless Handheld Vacuum Cleaner with Mop Pad – Rechargeable for Car & Home Use
[OFFICIAL ANAS HQ] ANAS Glossy Glow Melting Lip Balm (9ML) dengan Maxi Lip + Almond Oil & Vitamin E
【New】 Women’s Long Double Zipper Ladies Clutch Large Capacity Multifunctional Wallet Card Holder Coin Purse Beg Tangan钱包
【iFashion】Women Wallet Soft PU Leather Money Bag Card Holder Lady Credit Card Case Zipper Coin Purse Dompet Wanita 女士钱包
1312 PU SLING BAG KULIT leather Casual Beg Tangan Wanita women Shoulder Wallet Purse Travel READY STOCK QQF WHOLESALE
READY STOCK💝 WRIMO Wisteri Sandal Women’s Kasut Slipper Shoe Lady Perempuan Wanita Girl Lawa Casual Comfort Gift ks11440