
1. Tidak terlalu laju di selekoh
Tiada jalan yang tiada selekoh. Dan harus diingat selekoh harus dilalui dengan hati-hati, bagi mengelakkan sebarang hal tidak diingini.
Selekoh di jalan raya boleh menyebabkan anda masuk ke lorong bertentangan jika terlalu laju, gagal membrek atau gagal mengawal handle.
2, Tidak memotong semasa mendaki
Memotong semasa mendaki sangat berbahaya, sebab anda tidak nampak kenderaan yang datang dari arah bertentangan, yang biasanya boleh tahan lajunya terutama apabila ia menuruni bukit. Justeru jangan amalkan demikian.
3. Tidak menunggang di tengah atau terlalu rapat dengan tepi jalan berturap
Mengapa, sebab di tengah boleh mengganggu kenderaan yang lebih besar, lebih laju. Malah jika motosikal anda terbalik, tidaklah anda tergolek di tengah jalan yang boleh mengakibatkan malapetaka lebih teruk.
Menunggang di sisi terlalu rapat dengan bahu jalan atau gigi jalan berturap juga boleh menyebabkan kecelakaan, sebab selalunya jalan bertar tidak sama tinggi rendahnya dengan bahu jalan. Jadi, jika roda motosikal anda terlalu dekat dengan sisi tepi jalan, boleh mengakibatkan ia tergolek ke bahu jalan yang tidak rata, dan anda mungkin terkejut, gelabah, dan boleh mengakibatkan motosikal anda terbalik. Hati-hati.

















