Rakyat Iran di seluruh negara turun ke jalanan hari ini – Jumaat terakhir bulan suci Ramadan – untuk memperingati Hari al-Quds (Hari Baitulmaqdis) tahunan bagi menyokong Palestin, lapor Aljazeera.
Menurut Aljazeera, rakaman dikongsi oleh agensi berita Fars menunjukkan orang ramai berdemonstrasi di bandar-bandar termasuk Tehran, Isfahan, Tabriz, Qom, Shahrekord, Rasht, Ardabil, Ahvaz, Qazvin, Yasuj dan Birjand.
Video beberapa perhimpunan menunjukkan peserta perhimpunan mengibarkan bendera Iran dan Palestin dan melaungkan slogan pro-Palestin.