Sri Lanka akan hantar pulang jenazah 84 kelasi Iran yang terkorban dalam serangan AS

Sri Lanka sedang menghantar pulang jenazah 84 kelasi Iran yang terkorban apabila frigat mereka ditenggelamkan sembilan hari lalu oleh serangan torpedo kapal selam AS, ketika ia belayar di perairan antarabangsa yang jauh dari medan perang, kata Kementerian Luar Negeri negara itu, lapor Aljazeera.

Penghantaran pulang itu diumumkan pada Jumaat dan akan dijalankan dengan pesawat sewa khas yang dihantar oleh Iran, jurucakap Thushara Rodrigo memberitahu agensi berita AFP, kata Aljazeera.

Kedutaan Iran juga mengesahkan mayat-mayat itu akan dihantar pulang, Aljazeera memetik laporan agensi berita Reuters.