Serangan udara Israel ratakan bangunan di selatan Lubnan

Serangan udara Israel telah memusnahkan sebuah rumah di Aabbasiyyeh, dekat Tyre, selatan Lubnan, lapor Aljazeera memetik laporan pasukannya di lapangan dan Agensi Berita Nasional (NNA).

Serangan udara itu menyasarkan bangunan itu kira-kira sejam selepas tentera Israel mengeluarkan ancaman kepada penduduk untuk pergi.