Semua 6 kru pesawat AS yang terhempas di Iraq disahkan terbunuh – CENTCOM

CENTCOM AS mengatakan, semua enam anggota kru di atas pesawat pengisian bahan api KC-135 yang terhempas di barat Iraq disahkan terbunuh, lapor Aljazeera.

Dalam satu catatan di X, ia mengatakan keadaan kejadian itu masih dalam siasatan, tetapi kehilangan pesawat itu “bukan disebabkan oleh tembakan musuh atau tembakan persahabatan”.

Identiti kru dirahsiakan sehingga 24 jam selepas keluarga mereka dimaklumkan, katanya.

Awal hari ini (Jumaat), tentera AS mengesahkan empat kru terkorban dalam nahas itu, dan usaha menyelamat sedang dijalankan untuk dua orang yang hilang.