Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Sabtu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia menyerang tapak infrastruktur utama di seluruh Tehran, lapor Xinhua.
Berpandukan risikan, IDF menyerang beberapa tapak pertahanan, termasuk kemudahan pertahanan udara Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang menyimpan peluru berpandu yang bertujuan untuk menyasarkan pesawat, menurut kenyataan itu.
Turut disasarkan ialah kemudahan ketenteraan yang ditugaskan untuk melindungi tapak penyelidikan dan pembangunan senjata, satu lagi kemudahan yang digunakan untuk menyimpan peluru berpandu balistik, dan tapak pengeluaran senjata serta penyelidikan dan pembangunan tambahan.
“Serangan yang telah selesai ini adalah sebahagian daripada fasa berterusan peningkatan kerosakan pada sistem teras dan asas Iran,” kata kenyataan itu.