Angka maut gempa bumi Aghanistan meningkat kepada 12

Sekurang-kurangnya 12 orang disahkan maut dan empat yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda sebahagian Afghanistan pada malam Jumaat, lapor Xinhua memetik timbalan jurucakap kerajaan Hamdullah Fitrat pada Sabtu.

Gempa bumi itu menjejaskan komuniti di ibu negara Kabul dan wilayah timur Panjshir, Logar, Nangarhar, Laghman dan Nuristan.
Selain korban jiwa, ia merosakkan 38 buah rumah dan menjejaskan sejumlah 40 keluarga, kata Fitrat dalam satu catatan di X, menurut Xinhua.

Pusat gempa, pada kedalaman 186.4 km dan terletak 35 km di selatan daerah Jurm di utara wilayah Badakhshan, pada mulanya ditentukan berada pada 36.55 darjah latitud utara dan 70.85 darjah longitud timur.