Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada petang Rabu dalam serangan oleh penyerang bersenjata yang tidak dikenali di tapak projek perlombongan di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, kata pegawai tempatan, lapor Anadolu.
Serangan itu menyasarkan tapak projek tembaga dan emas di daerah Chagai, Anadolu memetik laporan Dawn pada Khamis, yang memetik kenyataan daripada National Resources Limited.
Syarikat itu dilapor berkata pasukan keselamatan, termasuk Frontier Corps, bertindak balas dengan pantas, mengamankan kawasan itu dan melancarkan operasi pembersihan.
Walaupun syarikat itu pada mulanya tidak melaporkan korban, pihak berkuasa tempatan kemudian mengesahkan bahawa sembilan orang terbunuh.
“Sekurang-kurangnya sembilan pekerja, termasuk dua pengawal keselamatan, terbunuh,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran Chagai dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, lapor Anadolu, pegawai polis juga mengesahkan serangan itu dan jumlah kematian.