Israel sekali lagi serang selatan Lubnan, dakwa tindakan balas atas tembakan roket

Tentera Israel berkata ia menyerang bangunan di pekan Kherbet Selem dan Tulin di selatan Lubnan, lapor Al Jazeera.

Menurut Al Jazeera, catatan tentera di X mendakwa bahawa bangunan-bangunan itu digunakan oleh Hizbullah untuk “merancang” menentang Israel, tanpa memberikan sebarang bukti.

Serangan itu adalah sebagai tindak balas kepada tembakan roket semalaman dari Hizbullah ke arah pekan Shlomi di Israel, tambah catatan itu.