Serangan Israel dilapor mengorbankan beberapa orang di Gaza

Serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya tiga orang di Gaza pada Jumaat, menurut pegawai kesihatan Palestin, lapor berita Reuters.

Serangan itu melanda kawasan sesak di bandar Gaza dekat kawasan di mana polis tempatan ditempatkan untuk mengawal sebuah bank, Reuters memetik pegawai perubatan dan saksi mata.

Reuters bagaimanapun melaporkan, kementerian dalam negeri Gaza dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, serangan itu membunuh dua anggota polis dan mencederakan dua yang lain.

Tentera Israel mengesahkan mereka telah melakukan serangan di kawasan itu, tetapi berkata mereka menyasarkan militan Hamas, lapor Reuters.