Lima orang awam Palestin terbunuh, ketika cuba dapatkan bantuan di Khan Younis

Mayat lima warga Palestin tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza pada Selasa selepas mereka terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dekat pusat pengedaran di barat daya bandar itu, lapor WAFA.

Sementara itu, kebuluran akibat sekatan dilaporkan telah meragut nyawa 393 rakyat Palestin, termasuk 140 kanak-kanak.