Afghanistan mengumumkan pada Rabu bahawa bulan telah dilihat dan cuti Hari Raya Aidilfitri bagi menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan akan disambut pada Khamis, lapor Anadolu.
Jurucakap kerajaan Zabihullah Mujahid berkata, Mahkamah Agung Afghanistan secara rasmi telah mengisytiharkan Khamis sebagai hari pertama Aidilfitri.
Dia menambah, pengumuman itu dibuat selepas beberapa orang melihat bulan sabit di beberapa wilayah, termasuk Farah, Helmand dan Ghor.
Kerajaan juga mengumumkan bahawa ia membebaskan 4,596 banduan pada Rabu sempena Aidilfitri, manakala hukuman 4,407 banduan telah dikurangkan, menurut penyiar Tolo News, lapor Anadolu.