Dron ‘dilancarkan dari wilayah Afghanistan’ landa kem pekerja di selatan Tajikistan, membunuh 3 warga China

Tajikistan berkata pada Khamis, tiga pekerja China terbunuh apabila dron “dilancarkan dari wilayah Afghanistan” melanda sebuah kem di wilayah Khatlon lewat Rabu, menyeru pihak berkuasa di Kabul untuk mengambil tindakan bagi mencegah kejadian selanjutnya, lapor Anadolu.

Serangan itu menyasarkan kem pekerja LLC Shohin SM dekat Pos Pengawal Sempadan Pertama “Istiqlol” di Detasmen Sempadan Yol, menurut Anadolu.

Kementerian Luar Tajik dilapor berkata, sebuah kenderaan udara tanpa pemandu yang membawa grenad dan senjata api melanda tapak itu.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan pekerja syarikat itu dan warga China.

Menurut Anadolu, kementerian itu mendakwa bahawa “kumpulan penjenayah” yang beroperasi di dalam Afghanistan bertanggungjawab atas serangan itu.

Dushanbe mengecam serangan itu dan menggesa pihak berkuasa Afghanistan mengambil “langkah berkesan” untuk memastikan kestabilan dan keselamatan di sepanjang sempadan, lapor Anadolu.