Lebih 200 orang terbunuh dalam serangan udara oleh Pakistan ke atas pusat pemulihan dadah di ibu negara Afghanistan, kata seorang pegawai Afghanistan pada Isnin, lapor Anadolu.
“Kami kehilangan lebih 200 pesakit yang dimasukkan ke sini,” kata Sharafat Zaman, jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, mengenai mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital di Kabul.