Perkhidmatan rahsia AS siasat tembakan dekat Rumah Putih

Perkhidmatan Rahsia AS berkata ia sedang menyiasat laporan tembakan dekat Taman Lafayette, utara Rumah Putih di Washington, DC, selepas pegawai bertindak balas ke kawasan itu pada malam Sabtu, sejurus selepas tengah malam, lapor Anadolu.

Pencarian menyeluruh di taman dan kawasan sekitarnya tidak menemui suspek, kata agensi itu – yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan presiden dan pegawai atasan lain – sambil menambah bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia Anthony Guglielmi dilapor berkata siasatan itu dilakukan bersama Jabatan Polis Metropolitan DC dan Polis Taman AS, dengan pihak berkuasa mencari kemungkinan kenderaan dan orang berkepentingan.

Penutupan jalan telah dilaksanakan di kawasan itu susulan kejadian itu tetapi ditarik balik kemudian, kata Guglielmi di X, menurut Anadolu.

Perkhidmatan Rahsia berkata operasi Rumah Putih kekal normal sepanjang tempoh itu.