Tentera Israel melancarkan gelombang serangan udara yang menyasarkan pelbagai kawasan di seluruh selatan Lubnan pada Khamis, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan sembilan yang lain, dalam peningkatan terbaru di negara Arab itu, menurut berita Anadolu.
Menurut Anadolu, kiraannya mendapati pesawat perang mengebom sekurang-kurangnya 44 pekan di seluruh selatan negara itu, termasuk Bint Jbeil, Khiam, Al-Mansouri, dan Kfardounin.
Kementerian Kesihatan Lubnan dilapor berkata, empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan di pekan Ramadiyeh di daerah Tyre.
Menurut Anadolu, dalam serangan lain, Agensi Berita Kebangsaan (NNA) melaporkan tiga orang terbunuh selepas sebuah bangunan dua tingkat dihentam di pekan Kfarsir.
Seorang ahli majlis perbandaran dan dua ahli keluarganya juga terbunuh apabila pesawat perang Israel menyerang sebuah bangunan empat tingkat yang mereka berada di dalamnya di pekan Zebdine, Anadolu memetik agensi itu.
Enam orang juga cedera, termasuk tiga orang kritikal, dalam serangan udara ke atas sebuah kompleks di pekan Kfar.