Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kenya

Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh pada malam Jumaat dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya yang sibuk di daerah Nakuru, kira-kira 180 km barat ibu negara Kenya, Nairobi, polis mengesahkan pada Sabtu, menurut laporan Xinhua.

Polis dilapor berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 9:30 malam waktu tempatan (1830 GMT), membabitkan sebuah bas mini 10 tempat duduk, yang dikenali sebagai matatu, yang dalam perjalanan dari pekan tepi tasik Naivasha menuju ke Bandar Nakuru.

Menurut polis, bas mini itu merempuh sebuah trak berhenti yang telah diletakkan di lebuh raya akibat masalah mekanikal.