Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan setakat ini terbunuh sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada akhir Februari, lapor Anadolu memetik agensi berita Mehr.
Jafar Miadfar, ketua Pertubuhan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran, berkata tiga daripada mereka yang terbunuh adalah kakitangan dari Perkhidmatan Kecemasan 115, menurut agensi berita itu.
Miadfar menambah bahawa yang lain adalah doktor, jururawat dan juruteknik yang bekerja di pelbagai jabatan.