Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan maut dan dua masih belum dikenal pasti susulan kemalangan bot di utara Ghana, kata Pihak Berkuasa Maritim Ghana (GMA) dalam satu kenyataan lewat Khamis, menurut Xinhua.
Kemalangan itu berlaku pada Rabu dan membabitkan sebuah bot yang membawa 14 penumpang di Tasik Volta, kata GMA.
Ia berkata bot itu terbalik selepas menghadapi keadaan cuaca buruk, dan usaha mencari dan menyelamat segera oleh pegawai dan pemimpin masyarakat berjaya menyelamatkan lima lelaki.
“Walau bagaimanapun, sembilan orang dipercayai lemas. Sehingga Khamis, 9 April, tujuh mayat, terdiri daripada dua wanita dan lima kanak-kanak, telah ditemui,” kata kenyataan itu.
Ia menambah bahawa satu pasukan penyelam yang berdedikasi dari Tentera Laut Ghana dan GMA terus mencari dua orang lagi – seorang wanita dan seorang kanak-kanak – dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kemalangan itu.