Serangan udara AS-Israel menyasarkan pelbagai lokasi di Tehran, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad dan Universiti Shahid Beheshti, kata TV kerajaan Iran pada Jumaat, menurut Anadolu.
Menurut saluran kerajaan itu, serangan itu menyebabkan kerosakan di Universiti Shahid Beheshti di Velenjak, barat laut Tehran, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di barat Tehran turut terjejas.
Tiada maklumat segera tersedia mengenai kemungkinan korban atau tahap kerosakan.