
Apa yang kurang pada Y150 ini? Salah satunya seperti yang anda lihat pada imej di bawah iaitu tiada penghidup tendang. Justeru ia semata-mata bergantung pada starter (suiz penghidup) di handle yang bergantung kepada tenaga bateri.
Bagaimana sekiranya tenaga bateri berkurang atau habis? Tentu sekali ia memberikan masalah kepada anda – terutama jika masalah ini berlaku ketika anda menunggangnya atau berada di suatu lokasi jauh dari kedai alat ganti.
Ini berbeza dengan kebanyakan motosikal lain seperti ‘abangnya’ FZ150. Justeru, anda harus cakna terhadap tenaga baterinya.

















