Presiden Turki seru pemimpin dunia di Perhimpunan Agung PBB bertindak bantu rakyat Palestin

Berucap di Perhimpunan Agung PBB, presiden Turki pada Selasa menggesa “semua pemimpin dunia untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang tertindas hari ini atas nama kemanusiaan”, lapor Anadolu.

“Hari ini, kami juga berada di podium ini untuk bercakap bagi pihak rakyat Palestin, yang suara mereka disenyapkan, bersama-sama dengan rakyat kami sendiri,” Recep Tayyip Erdogan dilaporkan berkata.

Erdogan berterima kasih kepada semua negara yang telah mengiktiraf Palestin setakat ini, dan menyeru negara-negara yang belum berbuat demikian “untuk bertindak tanpa berlengah-lengah”.

Erdogan dilaporkan berkata, selama 23 bulan, Israel telah membunuh seorang kanak-kanak setiap jam di Gaza, menekankan: “Ini bukan angka, tetapi orang yang tidak bersalah.”

“Setiap hari, 2.5 juta penduduk Gaza yang tinggal dalam lingkungan 365 kilometer persegi (141 batu persegi) dipindahkan, dipaksa pindah ke kawasan lain,” Erdogan dilaporkan berkata.

“Anak-anak kecil yang tidak berdosa, hanya berumur 2 atau 3 tahun, tanpa tangan, lengan, atau kaki, sedihnya menjadi imej biasa Gaza hari ini,” presiden Turki itu dipetik berkata.

“Umat manusia tidak menyaksikan kekejaman sebegitu pada abad lalu” yang menyamai genosid Israel di Gaza, beliau menggariskan.

“Jika duri kecil menusuk tangan kanak-kanak, ini menyakitkan hati ibu bapa, tetapi di Gaza, kanak-kanak dipotong tanpa bius. Ini adalah titik terendah manusia.”

“Hati nurani apa yang boleh bertahan, hati nurani apa yang boleh berdiam diri mengenai perkara ini? Bolehkah ada keamanan di dunia di mana kanak-kanak mati akibat kelaparan, kekurangan ubat?” Erdogan bertanya.

Pendudukan di bawah ‘alasan’

Erdogan dilaporkan berkata, pendudukan Israel di bawah alasan peristiwa 7 Oktober 2023 bukanlah menentang keganasan, (sebaliknya) ia adalah “dasar pengusiran, pengasingan, genosid, dan penyembelihan besar-besaran.”

“Israel tidak menghadkan dirinya di Gaza dan Tebing Barat; (bahkan) dengan melakukan serangan ke atas Syria, Iran, Yaman, dan Lubnan, ia juga mengancam keamanan serantau,” tambahnya.

Malah “tidak ada peperangan di Gaza,” katanya, kerana tentera Israel menggunakan senjata paling moden dan paling mematikan terhadap orang awam yang tidak bersalah.

Pemimpin Turki itu dilaporkan berkata Israel “hilang kawalan sepenuhnya” selepas serangannya ke atas Qatar awal bulan ini, membuktikan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu “tidak berniat (mencari) keamanan atau membebaskan tebusan.”

Obses dengan apa yang dipanggil “tanah yang dijanjikan”, pentadbiran Israel menjejaskan keamanan serantau dan pencapaian bersama manusia dengan dasar pengembangannya, kata Erdogan.

Beliau berkata, serangan Israel telah mengetepikan hak asasi manusia, wanita dan kanak-kanak, dan kebebasan bersuara, protes, kesaksamaan dan keadilan.

Pelaku genosid mesti bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa, yang “pasti akan berlaku”, kata Erdogan.

Kurma Madu Rotab (fresh/kering) 600g pack vacuum
Kurma Madu Rotab kurma Lembut Kurma Mazafati Dates 600g+
Al-Huda Kurma Tangkai Tunisia l Stok Baru l Kurma Bertangkai l 400g
Nur Food 7 Ajwa Dates ( Ramadan Gift ) [EXP:11/02/2027] (Nur Food 7 Kurma Ajwa ( Hadiah Ramadhan ) [EXP:11/02/2027])
Madinah’s Ajwa Kurma Grade A ( date ) BY the Prophet’s City to Your Table Tradition of Flavor and Well-being
Aliyah Food 7 Ajwa Dates/Kurma [ Ramadan Gift ] EXP:07/02/2027 (Aliyah Food 7 Kurma/Kurma Ajwa [ Hadiah Ramadan ]
READY STOCK Women Sport Shoes Sneakers Female Kasut Sukan Perempuan Fashion Harga Murah Sneaker
Women’s Wallet Long Clutch Bag Zipper PU Leather Multi-Card Holder Wallet Long Mobile Phone Bag Beg Tangan Panjang Wanit
Purse Small Wallet Women Short Wallet Women Small Cardholder Woman Beg Dompet Perempuan Kecil
💕Clearance Sale💕Sandal Wanita Soft Selipar Kasut Perempuan Women Slipper Anti-slip Slippers
READY STOCK!!! HANDBAG SAMMA DENIM PAPA LARIS – ORIGINAL & DIRECT HQ
READY STOCK💓WRIMO Long Fallera Purse Wallet Women’s Bag Handbag Beg Tangan Coins Dompet Pouch Perempuan Bags fb14938
Swiss Thomas Cordless Handheld Vacuum Cleaner with Mop Pad – Rechargeable for Car & Home Use
[OFFICIAL ANAS HQ] ANAS Glossy Glow Melting Lip Balm (9ML) dengan Maxi Lip + Almond Oil & Vitamin E
【New】 Women’s Long Double Zipper Ladies Clutch Large Capacity Multifunctional Wallet Card Holder Coin Purse Beg Tangan钱包
【iFashion】Women Wallet Soft PU Leather Money Bag Card Holder Lady Credit Card Case Zipper Coin Purse Dompet Wanita 女士钱包
1312 PU SLING BAG KULIT leather Casual Beg Tangan Wanita women Shoulder Wallet Purse Travel READY STOCK QQF WHOLESALE
READY STOCK💝 WRIMO Wisteri Sandal Women’s Kasut Slipper Shoe Lady Perempuan Wanita Girl Lawa Casual Comfort Gift ks11440