Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh selepas pergaduhan yang dirancang antara golongan muda memuncak menjadi kejadian tembakan di sebuah taman di negeri North Carolina AS pada pagi Isnin, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Biro Siasatan Negeri North Carolina mengesahkan kematian itu di media sosial. Kejadian itu berlaku sekitar jam 10 pagi waktu tempatan di Taman Leinbach, barat laut pusat bandar Winston-Salem, kata polis.
“Apa yang kami sahkan pada ketika ini (ialah) dua remaja bersetuju untuk bertemu di taman untuk bergaduh,” kata Penolong Ketua Polis Winston-Salem, Jake Swaim, lapor Xinhua.
“Apabila individu-individu itu bertemu di taman, keadaan menjadi semakin buruk, menyebabkan berbilang orang berbalas tembakan,” polis dilapor berkata.