Perintah Pusat AS (CENTCOM), yang menyelia operasi ketenteraan di Timur Tengah, berkongsi imej pasukan AS memintas kapal yang berkaitan dengan Iran semalam sebagai sebahagian daripada sekatan tentera lautnya, lapor Al Jazeera.
Semalam, tentera AS berkata ia menembak dan melumpuhkan kapal Touska sebelum merampasnya.
Kesahan penutupan Selat Hormuz oleh Iran dan sekatan tentera laut AS telah dipersoalkan oleh pakar undang-undang antarabangsa, dan Iran berkata ia tidak akan melayan pusingan rundingan lain dengan AS sehingga ia menamatkan sekatannya.
“Pasukan AS meronda Laut Arab berhampiran M/V Touska, 20 April, ketika kapal kargo kontena berbendera Iran itu diperiksa selepas Marin AS menaiki dan merampas kapal itu apabila ia cuba melanggar sekatan tentera laut AS,” CENTCOM dilapor sebagai berkata menerusi catatan media sosial.