Bumbung runtuh mengorbankan 5 orang di Nangarhar, Afghanistan

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan empat lagi cedera apabila bumbung rumah bata lumpur runtuh akibat hujan lebat di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan pada malam Isnin, kata pejabat kerajaan wilayah dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Xinhua.

Insiden itu dilaporkan berlaku di pinggir daerah Sherzad, Khogyani, dan Haska Meyna di wilayah itu, di mana hujan lebat mencetuskan runtuhan itu.